BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAYA AIDILADHA

DIKESEMPATAN INI, MAWAR INGIN MENGUCAPKAN SALAM RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA PELAYAR BLOG YANG BERAGAMA ISLAM..SEMOGA RAYA NI MEMBERI SERIBU RAHMAT BUAT KITA SEMUA..

Thursday, December 4, 2008

TEKA TEKI MINGGU INI

BANYAK2 POKOK? POKOK APA YANG BERANI?

PENGAJARAN BUAT SEKIAN KALI BUAT PENYOKONG PAKATAN RAKYAT


Mawar Berkata: Kalau dah Pemimpin mulut 'ganas' dan panas, bagus tak yah jadi pemimpin. Mawar rasa Malaysia dah jadi sedikit tak tenteram dengan kewujudan Pakatan Rakyat...Mudah2an semua rakyat Sabah - say no 2 pakatan. sampai bila2 dimana dan bagaimana. NYah pakatan dari bumi Malaysia.

Sunday, November 30, 2008

NDAK SETUJU UMNO DIKAITKAN DENGAN POLITIK WANG

Mawar tak pasti sama ada yang bebicara soal politik wang dalam UMNO dan mengaitkannya dengan rasuah adalah org UMNO sendiri (api dalam sekam) ataupun memang dah nyata pembangkang yang asyek bekangkang dalam politik. (ala2 buat nasi kangkang)
Apa yang pasti di tempat ku, di Pendalaman Sabah ni yang terpencil dari arus kemajuan dan pembangunan yang hangit dan membingitkan (tapi kita oklah aku ada blog, ok lah sket dari sesetengah rakan sebaya ku yang ndak kenal pun blog 2 apa kan?) berpolitik 2 ibarat menjadi sukarelwan yang tak bergaji, berjuang untuk agama , bangsa dan negara. Bukan kecil bah 2 peranan tu..dah lah sekarang masuk tandas pun kena bayar RM 0.20.
Bila musim pemilihan ni, yang bertanding menjadikannya medan mengeluarkan warga2 pencinta parti keluar dari sarang persembunyian (mcm lagu Sheila On 7, rangkap keberapa pun aku ndak pasti...bunyinya lu baca lah sandri "mungkin terlalu lama aku telah bersembunyi") kamu org ingat senang kah mau kasi keluar, mahluk2 Tuhan di Sabah ni yang jauh di pelisuk2 bumi, kalu kau ndak kasi tambang2, kamu ingat d org ada duit kah mau keluar.
ni aku mau kongsi... pengalaman kami masuk p pegalungan d pensiangan melawat nenek tiri blah kakak angkat aku, tambang perahu yang maut...heh? maut plak muat sorang pr-seat,(sebab seram sangat mcm berdepan dengan maut, jaket keselamatanpun ndak da) muatan lebih kurang berapa yang muat lah, tu tak penting!! yang penting tambang bah...1 boat mau bayar RM 700+++
4 tahun sekali ja pemilihan ni, apa juga yang boleh kita ungkapkan sebagai rasuah dalam politik..sebab bagi wang untuk undi?? sapa yang boleh pastikan bagi duit org kan undi kita??? mana kita tau niat org. mana kita tau, mungkin yang mau bertanding 2 banyak hutang hehehe tak mustahil kan..dah dia ada duit dia bayarlah..tve bah cerita ni. (kalau tak suka jangan baca)
Jangala kita fanatik sangat, bila org ckp rasuah kita pun dok canang juga UMNO dengan rasuahhh...tak mau UMNO sebab UMNO Rasuah!!! hei hairan aku...
Aku bercerita begini bukan kerana aku ni penyokong n pencinta Rasuah Semalaysia, tapi aku ndak setuju dengan pendapat2 yang berlegar2 di telinga aku dewasa ni...aku kecian tenguk pakcik2 d kampung aku berpolitik tapi hidup anak bini mcm tebiar jak, baru ja mereka berkempen menulung calon (kira berjuang mempertahankan pemimpin yang bekeja la) di bagi duit kupi di ckp rasuah...a deh adehhhhhh.
APa pakatan 2 bagus sangatkah??? bagaduh ja karaja nya!!! kalu bukan crita pasal babi pasal arak!!! PAS nama ja Parti Islam tapi bila Islam diperkotak katik kan oleh DAP dan sekutunya, dia boleh g buat bodo " no komen" mcm ahh glemour mcm CT.
Jadi pemimpin di Sabah ni, ndak boleh KADAKZ musti mau berkorban buka ja masa, tapi wang dan tenaga.

Thursday, November 20, 2008

Mawar Berkata: cerita ni menjadi pengajaran dalam hidup kita ni jangan tahu ckp besar ja, tapi pembuktiannya tak de. Mcm lah ada seorag manusia di Malaysia ni huru hara bekunyayang mencanang cerita, beli org, beli negeri, sabah sarawak jadi taruhan. Pening Kapla otak ni, bila tenguk cerita ni teringat kisah2 yang masih panas g di pasaran "manusia trep hebat"...pa pun semoga Malaysia terus aman makmur dan manusia yang cakp tak serupa bikin ni kan lari dan lenyap dari muka bumi ni.

Wednesday, November 19, 2008

DOA BUAT ADIK2 YANG MENDUDUKI EXAM STPM

SEMPENA BULAN MENYAMBUT PEPERIKSAAN NI MAWAR MENGAMBIL KESEMPATAN TUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM N STPM BUAT SEMUA ADIK2 DI SELURUH MALAYSIA TERMASUK LAH ADIK MAWAR SENDIRI.

SEMOGA DI BERI KETENANGAN DAN RAHMAT YANG BERPANJANGAN, DITERANGKAN HATI DAN SANUBARI MENJAWAB SOALAN DENGAN PENUH YAKIN DAN JAWAB LAH APA YANG DISOAL BUKAN APA YANG ADIK2 MAHU K. HEHE

ALL D BEST

Tuesday, November 11, 2008

DALAM HIDUP NI JANGAN MEMBANGKANG KALAU TAK FAHAM!

Kisah Seorang Guru BM.

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Mawar: Bagi Mawar secara ironinya cerita ni mengambarkan manusia yang sering membantah apa yang org lain buat, sedang kita sendiri sebenarnya tak paham apa yang kita ckp, main ikut ja.

Pembangkang dewasa ini dalam Dewan Rakyat bermaharajalela, Soalan di tanya bila sudah dijawab tapi tak memenuhi citarasa mereka suka hati nenek tiri mereka ja keluar dewan.

Rakyat di luar pula kena sedar, bukan bila Kerajaan menyatakan kebaikan dok canang pula hujang pembangkang yang sebenarnya kita sandiri ndak paham asasnya.

Monday, October 20, 2008

KAGUM MEMBACA ARTIKEL TENTANG AZAN

Dari segi bahasa, Azan bermaksud al-ilam (pemberitahuan) atau an-nida (seruan) dan hukumnya ialah sunat muakkad. Melaungkan Azan merupakan fardu kifayah bagi sesuatu kumpulan dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua anggota kumpulan itu.
Panggilan solat berirama itu sudah mendarah daging dengan masyarakat Islam dan diamalkan di mana sahaja terdapat penduduk Islam di seluruh dunia
FENOMENA AZAN yang paling menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.
Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.
Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.
Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.
Mawar : Semua keajaiban ini terkandung seribu hikmah untuk kita renungi bersama. seandainya kita dapat menghormati cara agama lain beribadat, penganut agama lain juga kena menghormati tuntutan agama kita.

Friday, September 26, 2008

SALAM RAYA BUAT SEMUA!


SALAM RAYA BUAT SEMUA PELAYAR BLOG MAWAR. ESOK MAWAR BALIK KAMPUNG.
MAAF ZAHIR DAN BATIN DI ATAS KESALAHAN BAHASA, TATABAHASA DAN PRIBAHASA.