BARISAN NASIONAL BARISAN KITA

Thursday, August 1, 2013

HENTIKAN PROVOKASI PENCETUS KEMARAHAN KITA BERBILANG KAUM DAN AGAMA





Belum pun selesai isu pasangan kontrovesi dgn gambar yang menimbulkan kemarahan sebahagian besar umat Islam di Malaysia muncul lagi video, Seorang wanita tak mcm wanita menyambut raya dgn anjing2 nya... Cukup2 cukuplah! Alangkah indahnya ramadhan kalau kita tahu dan mahu menghormati budaya dan kepercayaan masing2.

Selamat Berpuasa Semoga Ramadhan Ini membuka Pintu Kesedaran kepada semua rakyat Malaysia untuk saling menghormati.

Wednesday, September 19, 2012

DAP Keluar Pakatan Lepas Raih Undi Orang Melayu?


Dinasti Lim : DAP Mungkin Keluar Pakatan

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Sikap berdiam diri DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud oleh Pas dipercayai kerana parti pimpinan Lim Kit Siang itu mahu mengambil jalan paling ‘selamat’ kerana bimbang kehilangan undi orang Melayu.
Bekas Ketua Cawangan DAP Sg. Pelek, R. Vellasamy mendakwa parti itu berkemungkinan akan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum iaitu setelah mendapat undi orang Melayu.
Menurutnya, ‘Dinasti Lim’ yang diterajui oleh Kit Siang selaku Penasihat DAP dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, gusar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menentang hudud kerana takut kalah pada pilihan raya akan datang.
“Mereka anak beranak cuma ada satu agenda iaitu menang besar pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan orang Melayu serta kehilangan beberapa kawasan dengan mudah. Selepas menang nanti, dengan senang hati, mereka akan menggunakan alasan hudud untuk keluar daripada pakatan pembangkang.
“Sehingga itu, mungkin juga Pengerusinya, Karpal Singh akan menjadi ‘mangsa’ sebagai alternatif untuk terus menentang hudud,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mencabar parti itu untuk keluar daripada pakatan pembangkang seandainya menolak pelaksanaan hukuman hudud oleh Pas.
Vellasamy mendakwa, Karpal akan terus dipergunakan dan dibiarkan berjuang keseorangan sehingga dibenci oleh masyarakat Melayu kerana menentang hudud walaupun majoriti DAP tidak bersetuju dengan hukuman tersebut.
“Walaupun pimpinan tertinggi DAP menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Karpal, mereka hanya cakap-cakap kosong sahaja kerana semua takut kepada ‘Dinasti Lim.’
“Pemimpin lain dalam DAP mendiamkan diri daripada terus menentang secara terbuka kerana takut akan kehilangan peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti. Adakah golongan ini layak dipanggil pemimpin untuk memimpin negara?
“Karpal disukai oleh segelintir rakyat serta beberapa pemimpin lain kerana lebih telus dan lantang. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya Pengerusi ini turut disingkir satu hari nanti kerana kelantangan beliau menyusahkan dinasti itu, ” jelasnya.
Beliau menambah, setiap kali dipersoalkan, Kit Siang dengan bijak akan memainkan isu lain bagi terus mengelirukan rakyat.
“Sehingga kini Kit Siang dan Guan Eng hanya mendiamkan diri walaupun didesak berkali-kali untuk mengeluarkan kenyataan. Kita tahu tentang agenda mereka semata-mata untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti,” ujarnya -Utusan

MB : Lu pikir lah sandiri2....

PAKATAN HARAM KAU SUDAH HINA RAKYAT SABAH BARU KATAR2 TAK MENGAKU

Artikel ini Daripada Malaysia Instinct...



Tarian Sumazau telah dimanipulasi oleh PR hingga menimbulkan kemarahan seluruh Rakyat Sabah

Hangat diperkatakan oleh media Suara Pakatan Rakyat berhubung Tarian Sumazau yang dilihat sebagai rendah akhlak. Artikel tersebut telah mengundang rasa marah banyak pihak kerana menghina budaya sesuatu kaum. Rakyat Sabah terutamanya masyarakat dusun rasa terhina dek dikatakan sebagai penduduk yang berakhlak rendah dan bodoh.

Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membuat laporan polis mengenai artikel itu. Mereka melahirkan rasa kekesalan kerana pihak pembangkang memainkan isu yang sensitif. Artikel itu menurut PBS boleh menyumbang kepada masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Tambahnya lagi perkataan 'bodoh' yang digunakan dalam tulisan tersebut tidak menggambarkan semangat Rukun Negara.

Oleh kerana telah menjadi kes polis, pihak PR pun cepat melatah, mengatakan bahawa portal Suara Pakatan Rakyat (SPR) sebenarnya bukan portal mereka. Mereka juga mendakwa ianya adalah satu portal palsu yang ingin menjatuhkan PR.


Persoalannya sekarang kenapa baru sekarang pihak pembangkang menafikan sekeras-kerasnya bahawa SPR bukan portal mereka. PR turut memberikan peringatan kepada penyokongnya tentang wujudnya portal-portal palsu. 

Jika selama ini portal tersebut dengan sewenang-wenangnya menabur fitnah terhadap kerajaan, memaki hamun kepimpinan sedia ada dan banyak lagi artikel yang sebenarnya lebih rendah akhlak daripada tarian Sumazau itu sendiri, langsung tidak dinafikan. Malah dengan rasa sombong bodohnya mencanang bahawa sokongan rakyat kini bertambah kesan dari penulisan portal tersebut.

PR sebenarnya rela dan redha jika blog-blog atau portal-portal mereka menghentam, menghina dan memaki pemimpin negara termasuklah PM. Berilah gambaran yang paling buruk terhadap pemimpin negara, mereka pasti menyokongnya dan ketawa puas. 

Seperkara lagi kenapa hanya blog Suara Pakatan Rakyat dan Penyokong Pas sahaja yang dinafikan. Bagaimana dengan blog-blog lain yang bersepah dimana kerjanya saban hari hanya menabur fitnah, tidakkah mahu diambil tindakan yang sama.     

Tapi dalam kes tarian Sumazau ini mereka telah tersalah langkah dan percaturan. Mereka telah mencuit rasa sensitiviti orang Sabah. Orang Sabah tidaklah bodoh sepertimana yang digambarkan oleh penulis SPR. Kebodohan itu lahir bila mana seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan fitrah manusia. Tiada salahnya dan bodohnya dalam tarian tersebut. 

Dah menjadi lumrah kerja PR suka menghina, walaupun niat asalnya ditujukan kepada Najib, namun orang Sabah melihat dari sudut yang berbeza. Pada mereka Najib menari tidak salah, yang salahnya SPR menghina budaya mereka. 

Dalam mana PR sedang berhempas pulas untuk memujuk orang Sabah agar menyokongnya, blog mereka memainkan isu bodoh ini. Sia-sia nampaknya bekas pemimpin kerajaan seperti Lajim Ukin melompat. Rupa-rupanya tempat dia melompat itu telah menghina dan merendahkan rakyat Sabah yang dilihat sebagai 'bodoh'. 

Ternyata PR terpaksa melupakan cita-cita untuk menawan Sabah.


MB : SELEPAS KAU BALING BATU KE MUKA ORANG WAHAI PAKATAN RAKYAT KO KATAR2 CONGKI2 MU KAU MAU TUDUH PIHAK LAIN PULA YG BUAT. DASAR BERANI JAK BUAT TANGGUNG NDAK MAHU...NILAH BILA DAH MELUDAH KE LANGIT LAST2 KENA MUKA SANDIRI..

Wednesday, August 29, 2012

GEMPAR! Satu Lagi Rakaman Sulit PKR Terbongkar Selepas Kes Mansor Othman.

Posted by MymassaVoice

Satu rakaman audio yang diserahkan oleh pemimpin PKR yang menyertai Kongres Nasional tahun lalu di Johor.




Rupa-rupanya rusuhan BERSIH baru-baru ini adalah rancangan PKR untuk jadikan Malaysia seperti Arab Spring.

Dan usaha ini tidak terhenti selepas kegagalan BERSIH. Kini mereka cuba buat Janji Demokrasi untuk menghidupkan kembali Strategi ARAB SPRING mereka.

*Mohon sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan.
http://mymassa.blogspot.com/2012/08/gempar-satu-lagi-rakaman-sulit-pkr.html



Wednesday, May 30, 2012

Magavau : Pengorbanan Demi Keterusan Sebuah Bangsa

Hari ini 30 Mei 2012, Di Sabah pastinya kami dibagi cuti lah 2 hari, bagi menghormati perayaan Pesta Kaamatan aka Magavau (dlm bahasa Kadazan).

Aku tertarik untuk mengetahui erti disebalik perayaan ini, sbb tidak mungkin kerajaan akan memberi keistimewaan untuk mengistiharkan kemuncak hari menuai padi sebagai hari cuti dalam kalendar Malaysia jika ia tidak mempunyai satu makna yang besar kepada sstu bangsa.

Sinopsis yang dapat aku simpulkan, perayaan ini bukan sekadar kemuncak kepada hari2 selesainya menuai padi. Tetapi terselit satu sejarah dan kepercayaan yang memberi impak besar kepada 3 kaum besar di Sabah iaitu Kadazan, Dusun dan Murut.

Nilai sebuah pergorbanan dlam kisah disebalik Magavau tidak harus kita pinggirkan dalam kegairahan kita menyambut Pesta Kaamatan. Dewasa ini tidak ramai lagi manusia yang sanggup berkorban demi keterusan bangsanya ada yang lebih sanggup mengorbankan diri sendiri untuk memusnahkan maruah dan kelangsungan sebuah bangsa yang berdaulat.

Ikuti dan ambil ikhtibar daripada kisah disebalik Pesta Kaamatan (Magavau) semoga kita semua mendapat lebih makna daripada perayaan ini.

Sumber Wikipedia:

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal Usul :
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.



Thursday, April 5, 2012

Ahli PKR DESAK AZMIN ALI JAWAB TUDUHAN JIKA TIDAK LETAK JAWATAN LAH BRO...

Bagi mereka yang tidak pernah secara serius tenguk berita dan mengikuti perkembangan politik negara musti ada yang ndak tau apa bah tuduhan terhadp c Azmin anik..so oleh yang demikian maka dengan ini memetik kenyataan akhbar YB. Dato Dr. Hassan Ali berikut adalah antara perkara2 ini bro azmin ni patut jawab bah...bukan buat bodo walaupun nampak sangat tak pandai...

"Oleh kerana saya telah bersedia untuk menjawab dan telah pun memberikan jawapan kepada tohmahan YB, sekarang giliran YB Bukit Antarabangsa pula untuk menjawab soalan saya bagi pihak rakyat negeri ini yang ingin tahu setelah bertahun-tahun tidak mendapat respon daripada YB mengenainya. Perkara-perkara berikut ialah: "

i. Sila jelaskan dari mana sumber kewangan YB Bukit Antarabangsa dan isteri untuk membeli saham yang nilainya mencecah RM2 juta pada tahun 1992 hingga 1994. Sedangkan ketika itu saya difahamkan YB menerima gaji lebih kurang RM2,000.00 sebulan sahaja.

ii. Sila nafikan laporan yang menyatakan bahawa Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia Sdr S.A Vickneswaran yang mendakwa bahawa YB dan isteri termasuk seorang ipar memiliki saham yang nilainya mencecah RM8.5 juta di awal tahun 1990 an.

iii. Sila nafikan tuduhan adinda perempuan bongsu YB yang mengatakan bahawa YB sudah 8 bulan tidak menziarahi dan hampir terputus hubungan dengan ibu kandung sendiri yang kini berumur 78 tahun dan dilaporkan uzur.

iv. Sila nafikan tuduhan yang dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk “Tuhan, Politik dan Seks” yang diterbitkan pada tahun 2010 menyebut bahawa YB dikatakan mengetahui mengenai hubungan intim isteri YB dengan Penasihat PKR merangkap Ketua Pembangkang. Perkara yang sama dibangkitkan oleh adik YB sendiri, Umi Hafilda dalam sidang akhbar beliau turut serta minggu lalu.

v. Sila sahut cabaran para blogger yang meminta YB mengizinkan ujian DNA dijalankan ke atas anak YB yang bernama Farah Afifah di klinik yang di iktiraf oleh kerajaan untuk menentukan kesahihan nasab biologinya.

"Saya timbulkan persoalan-persoalan ini kerana bagi saya YB tidak mempunyai “locus-standi” untuk berbicara soal kredibiliti, integriti dan ketelusan. Banyak pihak yakin selagi YB tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihatkan supaya YB menutup mulut sahaja. Lebih sesuai untuk YB mencermin muka sendiri sebelum menuduh orang lain"...

MB: Sebagai rakyat malaysia dan blogger yang sesekali menulis2 d alam maya ini sa pun mau tau jua bah jawapan atas semua persoalan ini...jika tiada jawapan apakah semua ini benar? jadi JAWAP LAH bro

Friday, March 23, 2012

JANGAN KAU KASI ANAK MU TENGUK TV KALAU TAKUT DGN LYNAS

LYNAS ADALAH TELUS
Yang sebenarnya, LYNAS adalah isu technical dan bukannya isu politik. Maklumat LYNAS adalah berdasarkan fakta saintifik yang boleh diuji dan dibuktikan. Malah LYNAS amat mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yangBERKELAYAKAN bagi menyemak laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar. Selain itu, pihak LYNAS turut mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yangBERKELAYAKAN untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri.

KILANG LYNAS TIDAK MERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM, PERSEKITARAN DAN PEKERJANYA
Untuk pengetahuan semua, kilang LYNAS BUKAN KILANG NUKLEAR seperti yang digembar gemburkan puak-puak Pakatan Rakyat (PKR). LYNAS hanyalah kilang kimia yang biasa sepertimana terdapat di Pulau Pinang dan lain-lain tempat… Kena tutup juga lah kan kalau macam tu.
Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah LYNAS adalahBUKAN bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah amat rendah dibawah paras yang ditetapkan.
Dedahan radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT RENDAH. Rujuk carta dibawah.

Thursday, March 8, 2012

SBPA DI BATALKAN GAJI NAIK 13%

Umum sedia maklum sebelum ini pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan sbb Cuepacs telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perbincangan dengan badan induk kesatuan sekerja sektor awam

SBPA, yang ditangguh berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam. MAKA dengan rasminya HARI INI...

Perdana Menteri mengumumkan pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), membatalkan pelaksanaan SBPA dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di kekal kan dan akan ditambah baik.

Gaji Kakitangan Awam Gred 1-54 naik 13%.

Gred yang lebih tinggi naik 7-8%.

MB: Oleh yang demikian kepada semua kakitangan awal, cubalah utk bersyukur. Sekurang2nya ucaplah terima kasih PM.


Tuesday, February 14, 2012

Pok NiK Jgn U-Turn Lagi

Nik Aziz kan membari kata dua kpd Anwar agar menarik balik kenyataannya yg menyokong Israel. Apakah ia lebih bersifat sebagai kenyataan politik.
kenyataan sokong Israel sudah lama dibuat Anwar kenapa baru skrg Pas beri kata dua????? Uhuh

Pok Nik Aziz Jgn buat U-Turn spt mana isu2 sebelum ini utk selamatkan Anwar & pembangkang kekeke...

Renung2kan